PARIS: Pemain kebangsaan Perancis, Franck Ribery tidak menyangka
tindakannya menadah tangan memohon kepada Tuhan, seperti lazim
dilakukan oleh orang Muslim, sebelum sepak mula perlawanan
sulungnya, kelmarin mencuri tumpuan umum bahawa dia sudah memeluk
Islam. Bagi Ribery, 23, dia melihat kepercayaan barunya itu adalah
hal peribadi dan tidak suka memperkatakannya di khalayak ramai,
kerana bimbang disalah tafsir penyokong Perancis.
Pemain tengah dan sayap Olympique Marseill itu juga enggan
memberitahu wartawan, kisah dia memeluk Islam , biarpun isterinya
berasal dari Maghribi memaikan peranan penting mengapa dia memeluk
Islam. Sesetengah media mendapat tahu semua itu berlaku selepas dia
bermain untuk kelab Galatasary di Turki selama setahun dan membantu
kelab itu muncul juara Piala Turki pada 2005. Ribery jarang bercakap
mengenai keyakinan terhadap keimanan sebagai seorang Muslim dan
mendesak supaya paparazzi tidak menggangunya.
"Islam adalah sumber kekuatan saya sama ada diluar atau di dalam
padang permainan," katanya. "Saya menghadapi kesukaran dalam membina
karier, justeru saya mahu mencari kedamaian dalam jiwa dan akhirnya
saya menemui Islam."
Berita mengenai Ribery memeluk Islam pertama kali didedahkan oleh
Majalah Lï 'Express awal tahun ini, biarpun majalah mingguan itu
tidak menyebut namanya dan hanya menyatakan seorang pemain skuad
kebangsaan Perancis sering dilihat pergi ke masjid, di selatan
Marseille. Menuru satu kajian, ratusan penduduk Perancis memeluk
Islam setiap tahun di negara itu, namun mereka merahsiakannya kerana
takut ditindas di rumah dan tempat kerja disebabkan pandangan
streotaip mengaitkan Islam dengan keganasan.
Kapten Zinedine Zidane atau 'Zainuddin Yazid Zidane' juga seorang
Muslim. Begitu juga bekas jurulatih Perancis dan Jepun, Philippe
Troussier memeluk Islam apabila mengahwini Dominique di ibu negara
Maghribi.
Bekas penyerang Liverpool dan Manchester City, Anelka yang
digugurkan dari senarai skuad Perancis, menggunakan nama 'Bilal'
apabila memeluk Islam. Dia kini berhijrah menyertai kelab Liga
Turki, Fenerbahce.
Perancis kini didiami antara enam hingga tujuh juta penduduk Islam,
golongan minoriti terbesar di Eropah. Steve Bradore dr Organisasi
Shehada yang mengendalikan urusan berkaitan pemelukan Islam berkata
masyarakat Muslim Perancis sepatutnya berbangga dengan Ribery.
"Dia adalah contoh yg membanggakan kami berdasarkan persembahan unik
dan kesederhanaannya" katanya kepada Islam Online.net .
Ribery dikatakan calon pengganti Zidane kerana pemain yang tiga kali
dinobatkan Pemain Terbaik Fifa Sepanjang Zaman, bakal menarik diri
selepas Piala Dunia 2006.
Dia memulakan karier bersama kelab tempatan, US Boulogne dan
kemudian berpindah ke Ales, Brest dan FC Metz. Perpindahanya ke
Marseille membolehkan Ribery menjadi pemain terbaik Perancis bagi
bulan November 2005 sebelum dipilih menyertai skuad kebangsaan ke
Jerman.
Islam Bukan Halangan
Franck Ribery bukan pemain Islam tunggal beraksi di Piala Dunia 2006
selain pemain Arab Saudi, Iran dan Tunisia. Rakan sepasukannya dalam
skuad Perancis, Zinedine Yazid Zidane juga beragama Islam. Dia yang
berketurunan Algeria membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 1998
dan Euro 2000. Kehebatan corak permainan Zidane diiktiraf menerusi
pemilihannya sebagai Pemain Terbaik Dunia sebanyak tiga kali.
Sweden pula mempunyai dua pemain Muslim dalam pasukannya Zlatan
Ibrahimovic dan Rami Shaaban. Zlatan lahir dalam keluarga imigran
Bosnia-Herzegovina yg berpindak ke Malmo, Sweden, manakala Rami pula
campuran keturunan Mesir dan etnik Finland.
Belanda turut memiliki dua pemain beragama Islam, Robin van Persie
dan Khalid Boulahrouz. Persie, menjaring gol menerusi sepakan
percuma ketika menentang Ivory Coast, Jumaat lalu memeluk Islam
selepas berkahwin dengan teman wanitanya yang berketurunan campuran
Belanda-Maghribi, Bouchra.
Khalid pula diturunkan sebagai pemain gantian dalam dua perlawanan
Belanda sebelum ini ketika menentang Serbia dan Montenegro serta
Ivory Coast. Pemain pertahan ini juga berketurunan Belanda-Maghribi.
Ivory Coast pula menyenaraikan dua pemain adik-beradik beragama
Islam, Kolo Toure dan Yaya Toure. Kolo bermain di posisi pertahanan
manakala Yaya tengah. Yaya kini bermain utk kelab Greece, Olympiakos
dan prestasinya mencuri perhatian beberapa kelab gergasi termasuk
Manchester United, Chelsea dan AC Milan. Namun dia tidak menerima
semua tawaran itu kerana mempunyai impian bermain bersama abangnya,
Kolo di Arsenal.
technorati tags:muslim, player, soccer, football
Belum ada tanggapan untuk "Famous Muslim Football Player"
Post a Comment